Sunday, February 22, 2009

Cinta Dari pandangan Imam Al Shafie

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.

Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Sunday, February 8, 2009

Untuk Insan Bergelar Wanita

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun sunyi tanpa wanita,
tanpa mereka,
fikiran lelaki akan resah,
masih mencari walau ada segalanya,
apa yang tiada dalam syurga?
namun adam tetap rindukan hawa.

dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
didiklah mereka dengan panduanNya,
janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana mereka nantinya akan liat,
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan derita,
kenalkan mereka kepada Allah,
zat yang kekal,
disitu punca kekuatan dunia!!!
akan senipis rambutnya,
tebalkan ia dengan ilmu,
hati separuh kaca,
kuatkanlah ia dengan iman,
perasaan selembut sutera,
hiasilah ia dengan akhlak,
suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan,
bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
kelembutab bukan suatu kelemahan,
ia bukan diskriminasi Tuhan,
sebaliknya disitu kasih dan sayang Tuhan,
jinakkanlah diri kepada Allah,
nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu,
JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA,
ANDAI DIRIMU TAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARRAMALLUHUWAJHAH

Saturday, February 7, 2009

Ku cari Kebahagiaan

Puas sudah ku cari kebahagian,

Di sisi teman2 ku dapat hanyalah kelalaian.

Ku cari lagi di hati seorang kekasih,

Ku dapat hanya kekecewaan,

Dan ku terus mencari,

Dalam meniti hari penuh kekosongan,

Membawa sekeping hati yg sesat kerinduan,

Rindu yg tiada haluan,

Aku keliru sendiri, apa yg ku cari,

Apa yg aku perlukan, aku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti kekosongan hati ini minta diisi,

Sejenak ku tersedar,

Aku mencari cinta agung,

Buat jiwaku yang merindukan,

Hakikat kebenaran,

Cahaya yang membelah kegelapan,

Melimpah cemerlang mengisi kekosongan,

Ku sedar destinasi pencarianku disini,

Ku mencari mu Tuhan,

Mengharap keredhaan,

Menagih kebahagiaan

Dari sinar cahaya iman,

Followers